Menyemak 
e-mel di BruNet
-----------------------
Misi
-----------------------
Matlamat
-----------------------
Struktur Organisasi
-----------------------
Bahagian
-----------------------
Piagam Pelanggan
-----------------------
Kegiatan-Kegiatan
-----------------------
Maklumbalas

 


 
Piagam Pelanggan

Penapisan dan Kawalan Terbitan-Terbitan

Aktiviti penapisan Buku | Kaset | Video | Ayat-ayat Al-Quran |Suratkhabar | Surah Yaasin

Penapisan Buku

Proses penapisan buku dijalankan mengikut sistem "yang dulu didulukan" (First come first serve). Tempoh penapisan buku adalah seperti berikut:

Buku melebihi 300 muka surat 7 hari
Kurang daripada 300 muka surat 4 hari
Kurang daripada 100 muka surat 3 hari
Mengeluarkan ulasan buku yang tidak lulus 3 hari (selepas keputusan penapisan dikeluarkan)
  • Buku yang telah diluluskan, dicap dan ditandatangani terus, semasa penyerahan.
  • Buku yang ada pembetulan, diserahkan kembali kepada pemilik supaya membuat pembetulan terlebih dahulu sebelum diluluskan.
  • Buku yang tidak lulus samada:
    1. Tidak lulus kerana kesalahan ayat-ayat Al-Qur'an atau Hadis diserahkan kembali kepada pemilik untuk dihantar balik kepada pembekal asal dan senarai buku-buku tersebut dilaporkan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
    2. Tidak lulus kerana kesalahannya bercanggah dengan garispandu Penapisan, buku tersebut ditahan dan dilaporkan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri,   pemilik boleh membuat rayuan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam masa 14 hari,  keputusan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri samaada buku tersebut boleh diserahkan untuk dikembalikan kepada pembekal asal atau dimusnahkan.


Penapisan Kaset

  • Syarikat atau perseorangan menyerahkan kaset. Memberi borang untuk diisikan oleh syarikat atau perseorangan.

  • Memberi tempoh seminggu dari tarikh penyerahan kaset tersebut untuk ditapis.

  • Mengeluarkan keputusan terhadap kaset-kaset yang ditapis dalam tempoh masa seperti berikut:

     

      1. Sebuah kaset selama 45 minit kira-kira 5 buah kaset sehari.
      2. Memberi ulasan terhadap kaset yang tidak lulus dalam masa 2 hari setelah keputusan penapisan dikeluarkan.

  • Kaset yang diluluskan, dicap dan ditandatangani terus, semasa penyerahan.

  • Kaset yang tidak lulus samada; · Tidak lulus kerana kesalahan ayat-ayat AI-Quran atau Hadis diserahkan kembali kepada pemilik untuk dihantar balik kepada pembekal asal.

  • Tidak lulus kerana kesalahannya bercanggah dengan garispandu Penapisan buku tersebut ditahan dan dilaporkan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pemilik boleh membuat rayuan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam masa 14 hari samaada kaset tersebut boleh diserahkan untuk dikembalikan kepada pembekal asal atau dimusnahkan.


Penapisan Video

  • Syarikat atau perseorangan menyerahkan video.

  • Memberi borang untuk diisikan oleh syarikat atau perseorangan.

  • Memberi tempoh seminggu dari tarikh penyerahan video tersebut untuk ditapis.

  • Mengeluarkan keputusan terhadap video yang ditapis dalam tempoh masa seperti berikut:

    1. kira-kira 2 buah video sehari

  • Memberi ulasan terhadap video yang tidak lulus dalam masa 2 hari setelah keputusan penapisan dikeluarkan.

  • Video Yang Telah Diluluskan:
    1. Tidak lulus kerana kesalahan ayat-ayat Al-Qur'an atau Hadis, diserahkan kembali kepada pemilik untuk dihantar balik kepada pembekal asal.
    2. Tidak lulus kerana kesalahannya bercanggah dengan garispandu Penapisan, buku tersebut ditahan dan dilaporkan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan pemilik boleh membuat rayuan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam masa 14 hari. Keputusan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri samaada video tersebut boleh diserahkan untuk dikembalikan kepada pembekal asal atau dimusnahkan.


Penapisan Tulisan atau kaligrafi Ayat-Ayat Al-Qur'an

  • Syarikat atau perseorangan menyerahkan ayat-ayat Al-Qur'an.
  • Memberi borang untuk diisikan oleh syarikat atau perseorangan.
  • Penapisan Memberi tempoh seminggu dari tarikh penyerahan ayat-ayat Al-Qur'an tersebut untuk ditapis.
  • Mengeluarkan keputusan terhadap ayat-ayat Al-Qur'an yang ditapis dalam tempoh masa seperti berikut :
    1. Ayat-ayat Al-Qur'an yang perlu penelitian - 3 hari.
  • Ayat Ayat Al-Qur'an yang telah diluluskan:
    1. Dicap dan ditandatangani semasa penyerahan.
  • Ayat-Ayat Al-Qur'an yang ada pembetulan:
    1. Diserahkan kembali kepada pemilik supaya membuat pembetulan terlebih dahulu sebelum diluluskan.
  • Ayat-Ayat Al-Qur'an yang tidak lulus:
    1. Diserahkan kembali kepada pemilik untuk dihantar balik kepada pembekal asal atau ditahan terus dan dimusnahkan.

Suratkhabar

  • Mengeluarkan keputusan terhadap suratkhabar yang ditapis dalam tempoh masa seperti berikut:
      1. Suratkhabar ditapis jam 9.00 pagi - 1 jam selesai.
      2. Lulus terus diedarkan.
      3. Suratkhabar ditapis lagi antara jam 12 tengahari hingga 3.00 petang
        (tertakluk kepada ketibaan kapalterbang).
      4. Lulus terus diedarkan.


    Penapisan Surah Yaasin

  • Syarikat atau perseorangan menyerahkan contoh Yaasin yang akan dicetak.
  • Memberi borang penahanan sementara (Borang A).
  • Mengeluarkan keputusan terhadap Surah Yaasin (contoh) yang ditapis dalam tempoh masa seperti berikut:
      1. Surah Yaasin biasa digunakan (mangandungi Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Tahlil) - 1 hari.
      2. Surah Yaasin yang mengandungi Surah Yaasin, Doa Tahlil, Surah Al-Mulk, surah Al-Waqiah dan lain-lain - 2 hari.
  • Mengeluarkan keputusan terhadap Surah Yaasin (contoh) yang ditapis dalam tempoh masa seperti berikut:
      1. Surah Yaasin biasa digunakan (mangandungi Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Tahlil) - 1 hari.
      2. Surah Yaasin yang mengandungi Surah Yaasin, Doa Tahlil, Surah Al-Mulk, surah Al-Waqiah dan lain-lain - 2 hari.
  • Surah Yaasin yang telah diluluskan. dicap dan ditandatangani.
  • Surah Yaasin yang telah diluluskan dalam tempoh masa seperti berikut:
    Jumlah naskah Tempoh Masa (hari)
    3,000 - 5,000 7
    2,000 3
    1,000 2
    500 1
  • Surah Yaasin yang ada pembetulan:
      1. Diserahkan kembali kepada pemilik supaya membuat pembetulan terlebih dahulu sebelum dicetak.

  • Surah Yaasin yang tidak lulus:
      1. Memberi ulasan terhadap Surah Yaasin yang tidak lulus dalam masa 3 hari setelah keputusan Penapisan dikeluarkan dan pihak Penapisan memberi contoh Surah Yaasin yang telah diluluskan sekiranya pihak pemilik memerlukannya.


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Struktur Organisasi | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||