Menyemak 
e-mel di BruNet
-----------------------
Misi
-----------------------
Matlamat
-----------------------
Struktur Organisasi
-----------------------
Bahagian
-----------------------
Piagam Pelanggan
-----------------------
Kegiatan-Kegiatan
-----------------------
Maklumbalas

 


 
Piagam Pelanggan

Bimbingan Ugama Islam bagi saudara-saudara baru

Setiap orang yang baru memeluk Islam akan diberikan surat untuk menghadiri Bimbingan Agama Islam.

Bimbingan yang mula-mula mereka akan ikuti ialah Bimbingan Pengenalan Islam 10 hari yang diadakan di Pusat Da'wah lslamiah atau Bahagian Da'wah dan Tabligh Daerah Belait, Tutong dan Temburong.

Sijil diberikan kepada saudara-saudara baru yang berjaya menamatkan Bimbingan Pengenalan Islam 10 hari itu.

Setelah saudara-saudara baru berjaya menamatkan Bimbingan Pengenalan Islam 10 hari mereka dikehendaki meneruskan pelajaran ke Kelas Bimbingan Muallaf (KBM) di tempat-tempat yang ditubuhkan Kelas Bimbingan Muallaf (KBM) di seluruh negara di mana kelas ini di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hai Ehwal Ugama.

Di samping itu juga saudara-saudara baru yang telah menamatkan Bimbingan pengenalan Islam 10 hari itu akan mengikuti Skim Bimbingan Asas 14 hari, tinggal di asrama Pusat Da'wah lslamiah dengan kemudahan-kemudahan yang percuma dan wang saku $15.00 sehari.

Sijil diberikan kepada saudara-saudara baru yang berjaya menamatkan Skim Bimbingan Asas 14 hari itu.

Setelah menamatkan Skim Bimbingan Asas 14 hari saudara-saudara baru akan mengikuti lagi Skim Bimbingan Lanjutan (1) 14 hari tinggal di asrama Pusat Da'wah lslamiah dengan kemudahan-kemudahan yang percuma seperti Skim Bimbingan Asas 14 hari itu.

Sijil diberikan kepada saudara-saudara baru yang berjaya menamatkan Skim Bimbingan Lanjutan (1) itu.



|| Misi | Matlamat | Fungsi | Struktur Organisasi | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||