
Menyemak
e-mel di BruNet
-----------------------
Misi
-----------------------
Matlamat
-----------------------
Struktur
Organisasi
-----------------------
Bahagian
-----------------------
Piagam
Pelanggan
-----------------------
Kegiatan-Kegiatan
------------------------
Maklumbalas
------------------------
|

BUKU-BUKU TERBITAN
PUSAT DA'WAH ISLAMIAH
|
MAJU
BANGSAKU SEJAHTERA NEGARAKU

HARGA: $8.00
|
|
TULISAN:
DATO PADUKA SERI SETIA PROF DR. AWANG HAJI MAHMUD SAEDON BIN AWANG OTHMAN.
Jika umat Islam ingin maju, menjadi contoh dan ikutan kepada umat yang
lain, ingin mencorakkan arah alir tamadun dan ilmu pengetahuan dunia di
masa akan datang, maka kita hendaklah berusaha keras untuk menguasa ilmu
fardu kifayah dalam semua bidang.
Tanpa penguasaan ilmu fardu kifayah umat Islam tidak akan berdaya
mengeluarkan dirinya dari ikatan dan kepungan penjajahan fikiran, budaya,
politik, perundangan, ekonomi dan tamadun yang dilakukan oleh musuh-musuh
Islam. Umat Islam hendaklah berusaha keras untuk mengembalikan keyakinan
diri dan menjaga harga diri dan maruah. Buku ini diharapkan akan dapat
memberikan pengetahuan dan maklumat yang berguna kepada pembaca dan juga
umat Islam seluruhnya bagi sama-sama membina kemajuan dan kesejahteraan
negara berlandaskan syariat dan ajaran Islam.
|
|
|
TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT 2

HARGA: $3.00
|
|
TULISAN:
YANG
DIMULIAKAN PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA DR.
AWANG
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ
Buku
Tanda-Tanda Hampir Kiamat 1 ini adalah sebuah buku yang
diadaptasi dari Fatwa Mufti Kerajaan Brunei yang telah
difatwakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato
Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, dalam
fatwa berturut-turut bilangan (73):1 Tahun 1411 Hijriah/1991
Masihi.
Di dalam buku
ini terdapat cerita benar (khabar) yang disampaikan melalui
al-Qur’an mahupun hadis tentang berlakunya tanda-tanda
kiamat atau akhirat. Antaranya meningkatnya teknologi dan
rekaan seperti kereta, bas, motosikal, kapal terbang, roket
dan lain-lain sebagai menggantikan unta dan keldai bagi
kegunaan kenderaan dan mengangkut barang. Terciptanya bom
atom, hidrogen, alat perhubungan yang canggih seperti telefon,
radio, televisyen, internet, bangunan mencakar langit dan
lain-lain. Juga diceritakan tentang banyaknya penyakit ganjil
yang menyerang manusia pada zaman ini dan perempuan-perempuan
yang melampaui batasan hukum-hukum Allah seperti mendedahkan
aurat.
|
|
|
|
|
TANDA-TANDA HAMPIR KIAMAT 2

HARGA: $4.00
|
TULISAN:
YANG
DIMULIAKAN PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA DR.
AWANG HAJI
ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ
Buku ini adalah
sambungan bagi buku Tanda-Tanda Hampir Kiamat 1. Ia juga adalah
sebuah buku yang diadaptasi dari Fatwa Mufti Kerajaan Brunei yang
telah difatwakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato
Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, fatwa
berturut-turut bilangan (75).
Kiamat adalah satu proses peralihan daripada alam fana (dunia
sekarang ini) kepada satu alam lain yang kekal selama-lamanya.
Proses kiamat ini mengambil masa panjang dan tidak berlaku sekelip
mata. Di dalam buku ini disambung lagi mengenai perkhabaran
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tentang perkara-perkara ghaib
yang dinampakkan oleh Allah subhanahu wataala. Di antaranya
orang-orang sekarang yang menyeleweng dari Islam, membunuh umat
Islam, pecah amanah dan khianat, suka sangat menyerupai orang kafir,
bersifat orang fasiq, menyeru bercampur gaul yang haram dan
lain-lain lagi.
|
|
TUGAS
ULAMA DALAM USAHA PEMBANGUNAN UMAT

HARGA: $8.00
|
TULISAN:
YANG DIMULIAKAN
PEHIN SIRAJA KHATIB DATO PADUKA SERI SETIA USTAZ HAJI AWANG YAHYA
BIN HAJI IBRAHIM
Buku ini diterbitkan bersesuaian dengan keadaan semasa yang
menghendaki golongan ulama untuk bersatu dan menunaikan
tanggungjawab dengan jujur dan amanah bagi menjernihkan kesamaran
dan kekeliruan orang ramai akibat daripada cetusan dan ledakan
globalisasi yang sedikit sebanyak telah banyak menguah dan
mengelirukan pandangan dan pemikiran umat Islam. Ini adalah tugas
berat yang bukan sahaja memerlukan pengorbanan bahkan juga ada
kalanya kesediaan berkhidmat tanpa ganjaran.
Buku ini diharap akan dapat memberikan gambaran kepada umat islam
tentang pentingnya peranan, tugas dan tanggunjawab ulama dalam
membangun umat berdasarkan kepada kedudukan mereka sebabai
cendiakawan Islam yang memiliki kelebihan ilmu kurnia Allah
subhanahu wataala.
|
|
LAFAZ CERAI
BERDASARKAN AKTA MAJLIS UGAMA ISLAM DAN MAHKAMAH-MAHKAMAH KADI DAN
HUKUM SYARAK

HARGA: $5.00
|
TULISAN: AWANG JOHAR
BIN HAJI MOHAMAD
Buku ini memberikan kefahaman dan menjadi gari panduan kepada kita
semua mengenai permasalahan talak dalam agama Islam. Talak adalah
suatu kaedah yang dapat memutuskan ikantan perkahwinan yang ijalin
melalui akad nikah. Di dalam islam ianya disyariatkan sebagai suatu
jalan penyelesaian terakhir terhadap hidup suami isteri yang
bermasalah yang tidak mempunyai jalan keluar kecuali penceraian. |
|
Boleh didapati di:
UNIT PEMBAHAGIAN DAN PEMASARAN
TERBITAN-TERBITAN
PUSAT DA'WAH ISLAMIAH, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA,KAMPONG PULAIE,
JALAN KEBANGSAAN,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BB4310
ATAU BERHUBUNG TERUS DI TALIAN:
+6732383996 ext 101 atau 102
PREVIOUS
NEXT |
|
|
|