Menyemak 
e-mel di BruNet
-----------------------
Misi
-----------------------
Matlamat
-----------------------
Struktur Organisasi
-----------------------
Bahagian
-----------------------
Piagam Pelanggan
-----------------------
Kegiatan-Kegiatan
------------------------
Maklumbalas
-
-----------------------

 


BUKU-BUKU TERBITAN 
PUSAT DA'WAH ISLAMIAH

KASIH SAYANG SEORANG RASUL

HARGA: $1.00

SUSUNAN: UNIT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

Dalam buku ini menjelaskan bagaimana kasih sayang Rasulullah sallallahu alaihi wasallam terhadap Isteri, keluarga dan pembantu-pembantunya sehingga baginda menjadi seorang ketua keluarga yang ideal dan menjadi contoh kepada semua golongan. Begitu juga dipaparkan tentang kasih sayang baginda kepada seluruh umat manusia termasuk kaum musyrikin dan juga kepada binatang.


MENTAATI ULIL AMRI

HARGA: $1.00

SUSUNAN: UNIT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

Buku ini antara lain menghuraikan tentang definisi atau maksud Ulil Amri dan sifat atau syarat yang perlu mereka miliki. Di samping itu, buku ini juga cuba menekankan betapa taat kepada Ulil Amri itu sangat dituntut dalam Islam iaitu selagi pemerintah mereka (Ulil Amri) itu tidak membuat maksiat dan tindak tanduk mereka tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

 

ASAS-ASAS PEMBANGUNAN MANUSIA DALAM ISLAM

HARGA: $3.00

 


 


BAHAYA LIDAH

HARGA: $1.00

 

SUSUNAN: UNIT KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

Dalam buku ini memberikan panduan yang berguna dan cara yang terbaik bagaimana menggunakan lidah dalam pertuturan dan pergaulan dan dalam masa yang sama mensyukuri nikmat Allah yang menjadikan kita (manusia) sesempurna-sempurna makhluk di muka bumi ini.

Lidah walaupun merupakan anggota zahir yang kecil bagi setiap insan tetapi ia tetap mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Sejarah telah membuktikan lidah mampu menimbulkan berbagai sentimen yang menyebabkan manusia terus diburu dendam dan saling bermusuhan antara satu sama lain. Jika tidak dikawal, lidah boleh mengakibatkan berlakunya berbagai kejahatan dan keburukan. Justeru itu memeliharanya adalah sangat dituntut oleh Islam.

 

 

BERSAMA PENDA'WAH DALAM AL-QUR'AN

HARGA: $2.00

Initpati dakwah merupakan persoalan utama yang telah dibincangkan di dalam buku ini. Adapun tujuan utama buku ini adalah untuk mengemukakan beberapa perkara yang berkaitan dengan dakwah dan keperluannya sebagai teraju kepada pendakwah sendiri untuk dicontohi. Secara ilmiah, buku ini cuba merintis kembali secara berurutan dakwah yang telah dilakukan oleh Nabi.

 

Boleh didapati di:

UNIT PEMBAHAGIAN DAN PEMASARAN TERBITAN-TERBITAN 
PUSAT DA'WAH ISLAMIAH, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA,KAMPONG PULAIE, JALAN KEBANGSAAN, 
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BB4310

ATAU BERHUBUNG TERUS DI TALIAN:

+6732383996 ext 101 atau 102

         PREVIOUS             NEXT


|| Misi | Matlamat | Fungsi | Struktur Organisasi | Bahagian | Piagam Pelanggan | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||