|
AJARAN SESAT DI NEGARA
BRUNEI
DARUSSALAM: SATU TINJAUAN

HARGA: $10.00
|
TULISAN:
DATO
PADUKA SERI SETIA PROF. DR.
AWANG HAJI
MAHMUD SAEDON BIN AWANG OTHMAN
DAN AWANG NORARFAN BIN
HAJI ZAINAL
Buku ini mengandungi huraian dan
penjelasan mengenai ajaran sesat yang pernah berlaku dan diamalkan
oleh segelintir orang tertentu di Negara Brunei Darussalam. Setiap
identiti ajaran sesat dikupas satu persatu dengan memberikan
penjelasan mengenai kefahaman aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang
menjadi pegangan di negara ini. Tujuan pendedahan amalan ini kepada
umum adalah semata-mata untuk menjelaskan dengan lebih terperinci
kepada umat Islam tentang kesalahan dan kekeluruan yang telah
berlaku berdasarkan kepada dalil-dalil dan hujjah yang sahih untuk
diambil iktibar dan pengajaran darinya.
|
|
AKIDAH DAN PENYELEWENGANNYA

HARGA: $1.00
|
Di
akhir-akhir ini banyak perkara-perkara yang menyesatkan telah
meresap masuk menyelewengkan akidah umat Islam khusunya di kalangan
orang-orang Melayu dengan pelbagai cara dan bentuk. Sesetengah
ajaran sesat itu disebarkan dan diajarkan secara senyap-senyap, dan
tanpa diketahu oleh pengikut-pengikut ajaran tersebut bahawa yang
demikian itu adalah ajaran sesat. Ini adalah kerana kebanyakan orang
yang mengikuti ajaran tersebut ialah orang yang jahil dan kurang
pengetahuan dalam agama Islam. Maka dalam buku ini dijelaskan
bagaiman mengenali kriteria-kriteria ajaran sesat.
|
|
AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH DAN LAIN-LAIN ALIRAN

HARGA: $3.00
|
SUSUNAN: DAYANG HAJAH MIDDENI BINTI HAJI LAMIT
Buku ini memberikan
kefahaman berhubung dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah serta dasar
iktikadnya, dan menghuraikan perbezaan akidah ini dengan fahaman
atau akidah kaum Syi’ah.
Buku ini juga memuatkan huraian beberapa golongan lain seperti
Bahaiyyah, Qadiani atau Ahmadiah, Khawarij, Murji’ah, Mu’tazilah,
Jabariyah, Najjariyah, Musyabbihah (Mujassimah), golongan Ibnu
Taimiyah, kaum Wahabi dan Tariqat Mufarridiyah; ajaran, iktikad dan
amalan masing-masing.
|
|
AKIDAH KUAT NEGARA SELAMAT

HARGA: $1.00
|
SUSUNAN: UNIT KAJIAN
DAN PENYELIDIKAN
Buku ini
cuba
mengupas tentang penyelewengan akidah dan kesan-kesan
negatifnya khasnya yang berlaku di zaman mutakhir ini. Di samping
itu, dipaparkan juga punca dan bentuk saluran yang menjadi sasaran
ancaman akidah serta langkah-langkah yang patut diambil sebagai
jalan penyelesaian dan benteng untuk menangkis ancaman tersebut
|
|
ASUHAN AKHLAK

HARGA: $1.00
|
Buku ini mengandungi
huraian ringkas mengenai akhlak seorang Muslim terutama yang
berhubung dengan kehidupan seharian seperti tanggungjawab terhadap
diri sendiri, tanggungjawab terhadap Allah, terhadap ibubapa, guru
dan negara.
Buku ini amat sesuai
untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat khasnya ibubapa dan para
pemimpin belia sebagai garis panduan untuk membimbing dan memimpin
belia-belia ke arah keluhuran budi pekerti dan cara hidup yang lebih
baik, lebih sempurna dan penuh bererti.
|
|
Boleh didapati di:
UNIT PEMBAHAGIAN DAN PEMASARAN
TERBITAN-TERBITAN
PUSAT DA'WAH ISLAMIAH, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA,KAMPONG PULAIE,
JALAN KEBANGSAAN,
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BB4310
ATAU BERHUBUNG TERUS DI TALIAN:
+6732383996 ext 101 atau 102
NEXT |