i. Unit Kursus
FUNGSI:
Meningkatkan kefahaman agama Islam dan penghayatan ajaran-ajarannya
kepada segenap lapisan masyarakat di negara ini serta meningkatkan
keimanan dan ketaqwaan masyarakat Islam di negara ini dengan berkonsepkan
Ahli Sunnah Wal-Jamaah menurut Mazhab Syafie.
OBJEKTIF:
-
Meningkatkan kefahaman Agama Islam dan menimbulkan
kesedaran untuk mengamalkan ajaran Islam dengan peribadatan yang
sempurna kepada pegawai dan kakitangan kerajaan yang berugama Islam di
Negara Brunei Darussalam melalui kursus-kursus yang diadakan di Pusat
Da'wah Islamiah.
-
Menyemai kesedaran dan meningkatkan pengetahuan serta
penghayatan beragama kepada belia-belia yang sudah berhenti sekolah dan
belum mempunyai pekerjaan tetap melalui Tarbiyah Belia Islam.
-
Memberi kesedaran kepada penuntut-penuntut tentang
kepentingan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
penuntut-penuntut supaya lebih berjaya dalam penghidupan yang lebih
mencabar dan menjadikan Islam sebagai cara hidup melalui Kursus
Nadwah Kemurnian Rohani.
-
Untuk menghasilkan murid-murid sekolah rendah
kerajaan dan bukan kerajaan supaya berakhlak mulia dengan mengamalkan
ajaran Islam sebagai cara hidup melalui Kursus Penerapan dan
Peningkatan Akhlak Pelajar-Pelajar.
ii. Unit Bimbingan
Wanita
OBJEKTIF:
-
Menjadikan tempat rujukan mengenai masalah
Agama (fardu ain) bagi kaum wanita di negara ini.
-
Menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam proses penyebaran dakwah
tanpa mengabaikan rumahtangga.
-
Memberikan khidmat nasihat kaunseling / bimbingan dalam bidang
keagamaan.
-
Mengadakan perjumpaan dengan kaum wanita yang menghadapi masalah
sama ada di Pusat Da'wah Islamiah atau di tempat mereka.
-
Bekerjasama dengan persatuan-persatuan wanita di
negara ini dengan memberikan nasihat dan panduan tentang peranan wanita
dalam pembinaan masyarakat dan pembangunan negara sesuai dengan tuntutan
Islam.
-
Memberi bimbingan fardu ain untuk meningkatkan
kesedaran kepada kaum wanita terhadap peranan utama mereka sebagai
isteri dan ibu sehingga penyertaan mereka dalam kehidupan sosial tidak
menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab dalam pembinaan dan
pembangunan rumahtangga dan keluarga.