
Menyemak
e-mel di BruNet
-----------------------
Misi
-----------------------
Matlamat
-----------------------
Struktur
Organisasi
-----------------------
Bahagian
-----------------------
Piagam
Pelanggan
-----------------------
Kegiatan-Kegiatan
------------------------
Maklumbalas
------------------------
|

-
i. Unit Penapisan dan Kawalan
Terbitan-Terbitan
-
Bertanggungjawab menapis bahan-bahan terbitan agama
mengikut dasar dan garispandu penapisan.
-
Mencap bahan-bahan terbitan yang telah lulus dan
menahan terbitan-terbitan yang menyalahi akta dan garispandu penapisan.
-
Membuat laporan dan cadangan ke atas
terbitan-terbitan yang perlu pada pengharaman kemasukan, penjualan dan
pengedarannya di Negara Brunei Darussalam kepada Kementerian Hal Ehwal
Dalam Negeri.
-
Menerima dan memeriksa bahan-bahan terbitan yang
dibawa masuk melalui Pos-Pos Kawalan, seperti Pos Kawalan Sungai Tujuh,
Pos Kawalan Kuala Lurah, Pelabuhan Muara, Bahagian Kargo Lapangan
Terbang Antarabangsa Brunei dan Pusat Pemerosesan Surat Lapangan Terbang
Lama Berakas.
-
Mengadakan lawatan dan pemeriksaan bahan-bahan
terbitan yang dijual di kedai-kedai dan pameran-pameran.
-
Membuat lawatan mengejut ke tempat-tempat atau
kedai-kedai yang mengedar dan menjual bahan-bahan terbitan yang
menyalahi Akta Terbitan-Terbitan Yang Tidak Diingini (Penggal 25) dan
membuat penahanan dan rampasan ke atas bahan-bahan tersebut.
ii. Unit Pameran, Arkib dan Foto
-
Mengumpulkan, memelihara, menyelidik dan mempamerkan bahan-bahan
sejarah dan sosial budaya yang berorientasikan Islam khususnya di Negara Brunei Darussalam
dan negara-negara Islam yang lain.
-
Bahagian ini mengendalikan tiga jenis pameran
iaitu Pameran Tetap (Permanent Exhibition), Pameran Bergerak (Mobile Exhibition) dan
Pameran Sementara (Temporary Exhibition).
-
Memberikan penjelasan secara fizikal dan visual kepada masyarakat
umum di Negara Brunei Darussalam akan kekayaan, keindahan dan ketinggian tamaddun Islam.
-
Menjadi tempat rujukan para pengkaji atau penyelidik untuk membuat
kajian ilmiah yang berkaitan dengan perkembangan Islam di Brunei
Darussalam.
-
Berperanan sebagai institusi pendidikan
kepada pelajar-pelajar untuk mendapatkan bahan-bahan dan
penerangan-penerangan yang berkaitan dengan sejarah perkembangan
tamaddun Islam di Negara Brunei Darussalam.
|